Silsilah 10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu (Bahagian 8)
📜🍃📜🍃📜🍃📜🍃📜
🔗 Silsilah 10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu
❗Rintangan ke-8⃣: Rendahnya Cita-Cita
Al-Farro’ berkata, “Aku tidak merasa kasihan pada seseorang seperti rasa kasihanku kepada dua orang:
Seorang yang menuntut ilmu, tapi dia tidak mempunyai pemahaman, dan
Seorang yang faham tetapi tidak mencarinya.
Dan aku sungguh hairan dengan orang yang lapang untuk menuntut ilmu tetapi dia tidak belajar.” (Jami’ Bayan al-Ilmi wa Fadhlih, 103)
Ibnul Jauzi berkata, “Kalau memungkinkan bagimu untuk melampaui setiap ulama dan orang-orang yang zuhud, maka lakukanlah. Sesungguhnya mereka adalah laki-laki sebagaimana engkau juga laki-laki. Dan tidaklah seseorang duduk kecuali kerana rendahnya dan hinanya cita-citanya.
Ketahuilah bahawa kamu berada dalam pentas perlumbaan, sedangkan waktu-waktu akan habis. Maka janganlah engkau kekal menuju kemalasan. Tidaklah luput sesuatu kecuali dengan kemalasan. Dan tidaklah dicapai sesuatu kecuali dengan kesungguhan dan tekad.” (Shoidul Khotir, hlm. 159-161)
Ibnul Jauzi berkata, “Demi Allah, ingatlah wajib atas kalian untuk memperhatikan jalan hidup salaf, mentelaah tulisan-tulisan mereka dan khabar-khabar mereka, maka memperbanyakkan telaah kitab-kitab mereka adalah seperti melihat mereka.”
Ibnul Jauzi berkata, “Hendaklah dia memperbanyakkan menelaah, sesungguhnya ia akan melihat ilmu-ilmu salaf, dan tingginya cita-cita mereka yang menajamkan fikirannya, dan menggerakkan tekadnya untuk bersungguh-sungguh.” (Shoidul Khotir, hlm. 440, dengan sedikit perubahan)
📂 (Faedah dari Kitab 10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu, karya Syaikh ‘Abdussalam bin Barjas, diterbitkan Pustaka Al Haura’, diterjemahkan Abu Muhammad Ibnu Hamzah)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚