27
Oct
2015

Faedah Ilmiah dari Daurah al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf – Tashfiyah wa Tarbiyah li Syaikh al-Albani (Bahagian 2-B)

📃✏📃✏📃✏📃✏📃

📚 Faedah Ilmiah dari Daurah – Tashfiyah wa Tarbiyah li Syaikh al-Albani
💺Al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf
📍Johor Bahru, Malaysia
📆 Sabtu, 23 Syawwal 1436H / 8 Ogos 2015M

✳ SESI KEDUA (Bag. 2):
▪Sekarang kita mahu kembalikan kaum Muslimin kepada agama Islam yang mana? Apakah kita mahu kembalikan kepada aliran atau mazhab-mazhab tertentu? Aliran dan mazhab itu banyak dalam Islam, yang mana harus kita pilih? Atau kita mahu membatasi hanya empat mazhab yang terkenal dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah?
▪Katakan kita mahu kembalikan kaum Muslimin kepada satu mazhab tertentu. Pasti kita akan dapati beberapa ketentuan hukum di dalam mazhab tersebut yang bertentangan dengan dalil dari hadits-hadits sahih, bahkan ada yang bertentangan dengan Al-Qur’an. Apakah ini yang dikatakan kembali kepada Islam yang benar?
▪Oleh itu, perbaikan kaum Muslimin akan tercapai apabila para da’i dan orang yang berjuang bagi menegakkan berdirinya Negara Islam (Daulah Islamiyah), kembali mempelajari dan memahamkan diri-diri mereka dahulu tentang agama Islam yang benar, kemudian baru menyampaikannya kepada umat.

💎 Imam Bukhari di dalam kitab sahihnya membuat satu bab, “Berilmu Sebelum Berkata dan Beramal”.

▪Para ulama telah sepakat bahawa tidak ada jalan lain bagi kita untuk kembali memahami Islam dengan benar kecuali dengan mempelajari Al-Qur’an dan Sunnah.
▪Para ulama dan imam mazhab sering mengingatkan agar jangan sampai taqlid buta kepada mereka, serta tidak menjadikan mereka sebagai sumber rujukan hukum agama, tanpa bimbingan dalil dari Al-Qur’an dan Sunnah. Malah mereka para imam mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad sering memperingatkan:

💎 “Apabila suatu hadits telah sahih, maka itulah mazhabku.”

▪Jadi jelas para imam mazhab mengajarkan bahawa kembali kepada agama yang benar, bukan bermakna kembali kepada mazhab-mazhab mereka. Malah mereka memperingatkan agar tidak diambil pendapat mereka jika bertentangan dengan dalil dari Al-Qur’an dan Sunnah.
▪Contoh, dari al-Imam an-Nawawi yang bermazhab Syafi’i. Menurut Imam Asy Syafi’i dalam masalah solat berjamaah untuk dua orang, harus dibezakan kedudukan barisannya, imam harus ke hadapan sedikit dari makmumnya. Al-Imam an-Nawawi yang bermazhab Syafi’i membantah pendapat dari Imam Syafi’i itu sendiri, kerana tidak ada dalil yang mendukungnya, malah bertentangan dengan dalil dari hadits yang sahih yang menunjukkan kedudukan imam dan makmum itu sebaris ketika solat berjamaah berduan. Inilah contoh imam kita yang tidak taqlid kepada mazhab, tetapi mengembalikan kepada Al-Qur’an dan Sunnah.
▪Para ulama ada mengatakan, jika kita ingin bermazhab, maka bermazhablah dengan cara yang benar, iaini tidak dengan tidak bertaqlid buta kepada pendapat individu tertentu, tetapi harus berdasarkan dalil dari Al-Qur’an dan Sunnah.

▪Contoh lainnya, tentang orang yang tidak bersedekap dalam solat, tetapi tangannya lurus ke bawah, setelah takbiratul ihram. Solat seperti itu masih saja dibenarkan di dalam kitab-kitab fiqh mazhab. Padahal tidak ada satu pun hadits, baik yang dhaif ataupun maudhu’ sekalipun yang menyatakan bahawa Rasulullah tidak bersedekap dalam solat. Namun ketika ditanya mengapa mereka masih mengamalkannya? Pasti akan dijawab kerana ini adalah pendapat mazhab. Oleh itu “dalil” mereka adalah pendapat mazhab, bukan Al-Qur’an dan Sunnah.
▪Mereka masih terus mengamalkannya. Hal ini adalah kerana taqlid buta dan kejumudan (sikap kaku) di dalam berfikir. Menyelesihi nasihat imam mazhab, “Apabila suatu hadits telah sahih, maka itulah mazhabku.”
▪Mungkin ada yang akan berkata bahawa ini adalah malasah ringan/furu’/cabang saja, tidak perlu diperbesarkan. INGAT WAHAI SAUDARAKU, SEGALA SESUATU YANG DATANG DARI RASULULLAH, YANG BERKAITAN DENGAN AGAMA, BAIK DALAM MASALAH AQIDAH ATAUPUN IBADAH, TIDAK ADA YANG RINGAN/KECIL.
▪Untuk mengatakan perkara Sunnah sebagai sesuatu yang ringan/kecil, maka ini tidak mencerminkan adab Islam.

▪Contoh lain, tentang Khamr. Di dalam kitab-kitab fiqh mazhab masih saja ada perbahasan bahawa Khamr itu terbahagi kepada dua:
1⃣ Khamr yang berasal dari anggur. Khamr jenis ini semuanya haram, baik sedikit atau banyak.
2⃣ Khamr yang berasal dari selain anggur, misalnya dari gandum, jagung, tamar dan lain-lainnya. Khamr jenis ini dikatakan tidak mutlak haram. Akan tetapi dapat menjadi haram apabila diminum dalam jumlah yang banyak dan mengakibatkan mabuk. Namun apabila diminum sedikit dan tidak memabukkan maka halal hukumnya.

▪Pendapat ini dipertahankan oleh sebahagian kaum Muslimin. Ketika ditanya mengapa, mereka menjawab, “kerana ini adalah ucapan seorang imam yang telah berijtihad, maka kita hanya ikuti saja.” Oleh itu, “dalil” mereka adalah ucapan/ijtihad ulama, bukan Al-Qur’an dan Sunnah.
▪Hujjah apakah seperti ini? Di mana kita mahu meletakkan hadits yang jelas-jelas sahih dari Rasulullah terkait dengan masalah ini??

📕Rasulullah bersabda, “Apapun yang banyaknya menyebabkan mabuk, maka sedikitnya juga haram.”

📕Rasulullah bersabda, “Setiap yang memabukkan adalah Khamr dan setiap Khamr hukumnya haram.”

▪Memang benar bahawa para imam tersebut adalah orang-orang yang alim, tinggi dan dalam ilmunya, punya keutamaan dan lain-lain. Akan tetapi mereka lupa bahawa para imam tersebut bukanlah orang yang ma’shum (terjaga dari segala kesalahan). Mereka hanya manusia biasa, yang terdedah kepada kesalahan.

* Telah dimuroja’ah oleh ustadz.

Bersambung SESI KETIGA, insyaAllah.

You may also like

Penjelasan Para Ulama 4 Madzhab Mengenai Agama Syiah
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 8 – Akhir)
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 7)
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 6)