27
Oct
2015

Faedah Ilmiah dari Daurah al-Ustadz Usamah Mahri – Meniti Bimbingan Ulama Pewaris Nabi (Bahagian 3 – Akhir)

🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂

📚 Faedah Ilmiah dari Daurah al-Ustadz Usamah Mahri:
📍Banjarbaru, Kalimantan Selatan
📆 Ahad, 6 Rabi’ul Awwal 1436H / 28 Disember 2014M
📕Meniti Bimbingan Ulama Pewaris Nabi

🔹Telah disemak dan dibenarkan untuk disebarkan oleh al-Ustadz Usamah Mahri🔹

✳ SESI KETIGA: Bersama Kibar Ulama Itu Adalah Keselamatan

▪Antara contoh ulama yang telah Allah selamatkan dia dari fitnah adalah Imam Abu Dawud as-Sijistani. Beliau dilahirkan pada 202H dan meninggal pada 275H, yang merupakan zaman yang penuh fitnah seperti Khawarij, Muktazilah, Qadariyah dan lainnya. Abu Dawud diselamatkan oleh Allah kerana dua sebab:
1⃣ Sebab keterdekatannya dengan ilmu Sunnah
2⃣ Sebab keterdekatannya dengan kibar ulama, iaini al-Imam Ahmad bin Hambal
▪Abu Dawud sering bersafar untuk menimba ilmu, seperti ke Baghdad, Mekah, Nisabur, Kufah, Basrah, Damaskus, Mesir dan banyak lagi. Namun beliau katakan, tidaklah beliau dapatkan manfaat yang besar melainkan ketika bersama dengan al-Imam Ahmad bin Hambal
▪Abu Dawud juga sering menulis kitab bantahan terhadap ahlul bid’ah, antaranya kepada penduduk Basrah yang merupakan tempat kelompok Qadariyah. Harurah tempat kelompok Khawarij. Kufah tempat kelompok Rafidhah. Beliau sering merujuk dan mencontohi al-Imam Ahmad.
▪Di masa al-Imam Ahmad, berlaku fitnah kepercayaan bahawa Al-Qur’an adalah makhluk. Al-Imam Ahmad membantah bahawa Al-Qur’an itu adalah Kalamullah dan bukan makhluk. Akibat dari itu beliau disiksa dan dipenjara selama 3 generasi pemerintah. Al-Imam Ahmad didatangi oleh para fuqahah yang ingin memberontak kepada pemerintah kerana sudah tidak tahan dengan kezaliman pemerintah. Tetapi al-Imam Ahmad sebagai kibar ulama yang tua pada masa itu, tetap istiqamah menasihati mereka agar bersabar dan jangan melanggar syariat dengan memerangi pemerintah, sedangkan beliau sendiri sedang disiksa dan dipenjara. Para fuqahah itu sendiri menjadi lemah ketika fitnah melanda, namun al-kabir tetap istiqamah dan sabar.
▪Begitulah kibar ulama yang sentiasa istiqamah ketika fitnah melanda. Seperti yang dikatakan Salaf, ketika fitnah itu baru mahu bermunculan, para ulama telah menghidunya, tetapi orang yang tidak berilmu hanya mengetahuinya setelah fitnah itu berlalu.
▪Ketika Umar al-Khattab bertanya tentang siapa yang mengetahui berita dari Nabi tentang fitnah. Para sahabat ada yang menjawab fitnah tentang anak, isteri, tetangga, dan lainnya. Tetapi Umar mahukan berita fitnah yang lebih besar dari itu. Lalu Hudzaifah Ibnu Yemen menjawab bahawa beliau mengetahuinya. Kerana beliau dikenali orang yang rapat dengan Rasulullah dan mengetahui hal-hal rahsia dari Rasulullah. Umar langsung terus menerus bertanyakan kepada Hudzaifah, bagi mendapatkan bimbingan. Begitulah keutamaan seseorang yang mengetahui (berilmu), dijadikan rujukan.
▪Ketika sedang bermajlis dengan Rasulullah, Rasulullah katakan mahukah kalian aku tunjukkan siapa orang yang tidak akan dimudharatkan oleh fitnah? Sahabat berkeinginan untuk mengetahuinya. Rasulullah menunjukkannya, lalu terus dikejar oleh Ibnu Umar, dan ternyata orang tersebut adalah Muhammad bin Maslamah. Ketika berlakunya fitnah dan perang, Ibnu Umar sentiasa duduk dekat dengan Muhammad bin Maslamah, kerana mengetahui bahawa orang ini dapat membimbing dari fitnah.
▪Begitulah contoh dari para sahabat dan imam kita yang berusaha mendekatkan diri kepada yang mengetahui dan berilmu dalam hal fitnah, serta mendapatkan bimbingan mereka, yang merupakan ahlinya dalam perkara ini dan yang paling mengerti tentang fitnah.
▪Al-Imam Ahmad sering disebut-sebut sebagai rujukan ketika fitnah bermunculan. Abu Nu’im berkata, ada pernah seseorang mempersoalkan kepada Yahya Ibnu Ma’in bahawa kalian sering menyebut tentang Ahmad. Jawab Yahya Ibnu Ma’in, kalau saja setiap majlis kita, kita gunakan untuk membahaskan tentang Ahmad, nescaya itu masih sedikit dan belum memenuhi haknya. Dalam riwayat lain beliau menjawab, apakah kamu ingin ingkari kami kerana kami sering menyebutkan tentang Ahmad?
▪Begitulah ahlul ahwa’, mereka ini sentiasa ada pada setiap masa. Mereka seperti ingin mempersoalkan apakah tidak ada ulama lain selain al-Imam Ahmad? Ini juga terjadi pada hari, mereka mempersoalkan apakah tidak ada ulama lain disisi kamu, hanya Syaikh Rabi’ dan Syaikh Ubaid?
▪Dalam hal dunia saja, kita kembalikan sesuatu hal kepada ahlinya. Ini kan pula dalam urusan agama. Kita wajib kembalikan kepada ahlinya, iaini mereka yang menguasai dalam bidang mereka masing-masing.
▪Oleh itu, sekali lagi diingatkan supaya ketika fitnah, kita kembalikan bimbingan dan rujukan kepada ulama dan masyaikh al-kabir, bukan kepada sebarang orang.

Alhamdulillah. Selesai.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚

You may also like

Penjelasan Para Ulama 4 Madzhab Mengenai Agama Syiah
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 8 – Akhir)
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 7)
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 6)