28
Oct
2015

Faedah Ilmiah dari Daurah al-Ustadz Ahmad Khodim – Kepada Para Da’i Utamakanlah Tauhid (Bahagian 4)

🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂

📚 Faedah Ilmiah dari muhadharah al-Ustadz Ahmad Khodim:
📍Johor Bahru, Malaysia
📆 Sabtu, 14 Jamadil Akhir 1436H / 4 April 2015M
📕Kepada Para Da’i: Utamakanlah Tauhid, karya Syaikh Al-Albani

🔹Telah disemak dan dibenarkan untuk disebarkan oleh al-Ustadz Ahmad Khodim🔹

✳ SESI KEEMPAT (Bahagian 1): Usaha Bersungguh-Sungguh & Berterusan Dalam Menjelaskan Aqidah

▪Cara menyelesaikan masalah ini adalah dengan:
1⃣ Memberikan perhatian terlebih dahulu dalam masalah ini (pentingnya berilmu dalam hal tauhid/aqidah dan menyampaikannya)
2⃣ Tidar seharusnya bagi seseorang untuk berkata (dan harus kita menolaknya), Sesungguhnya kami mesti berpindah ke tahap lain setelah tahapan tauhid, iaitu Politik!!

▪Sebahagian kaum muslimin pada hari ini, lebih fokus mendengungkan untuk berdakwah di dalam parlimen dengan dalih untuk membenarkan dari dalam. Ini adalah sesuatu yang bathil dan sia-sia. Kerana umat masih lagi belum memahami Islam dengan kefahaman yang benar dalam perkara aqidah, ibadah dan akhlak.

✳ SESI KEEMPAT (Bahagian 2): Asas Perubahan Adalah Menggunakan Manhaj Tashfiyyah (Pemurnian) & Manhaj Tarbiyyah (Pendidikan)

▪Kaedah yang selalu kami tekankan dalam melakukan perubahan yang sebenar adalah:
1⃣ Tashfiyyah (Pembersihan/Pemurnian)
2⃣ Tarbiyyah (Pendidikan)

▪Tashfiyyah dalam aqidah yang berlaku dalam sesebuah negara/negeri adalah satu perkara yang sangat mulia dan sangat besar. Dalam konteks politik, mana-mana kerajaan yang ingin melaksanakan hukum Allah dengan berkesan maka mereka terlebih dahulu perlu melaksanakan tashfiyyah dan tarbiyyah terlebih dahulu.

➡ An-Nashihah Menggantikan Peranan Pergerakan Politik
▪An-Nashihah (Nasihat) adalah satu cara yang boleh menggantikan peranan parti politik dalam negara, iaitu melalui musyawarah ataupun menyampaikannya dengan cara yang baik dan sesuai dengan aturan syariat.
▪Sebahagian orang berkeinginan untuk merealisasikan konsep tarbiyyah dan tashfiyyah kepada seluruh masyarakat Islam. Ini adalah sesuatu yang mustahil, kerana Allah telah berfirman:

📖 “Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat.” (Hud: 118)

✳ SESI KEEMPAT (Bahagian 3): Siapakah Yang Berhak Untuk Berpolitik & Bilakah Masanya?

▪Menyibukkan diri dengan politik pada masa kini adalah membazir masa saja. Meskipun kita tidak menafikan bahawa ajaran Islam mengakui kewujudannya, tetapi yang ditekankan adalah turutan syariat yang perlu dilalui satu per satu. Mulakan dengan aqidah, ibadah dan akhlak, baik secara pembetulan atau pendidikan.
▪Di sisi syariat, makna politik adalah mengatur hal urusan umat. Siapa yang mengatur urusan umat? Bukan individu-individu, yang mengasaskan sebuah parti, atau yang memimpin suatu pergerakan atau kumpulan!! Ini adalah tugas khusus bagi waliyuamr (pemerintah), yang diberi bai’at atau taat setia oleh kaum muslimin.
▪Serahkan urusan politik itu kepada waliyuamr. Kita seharusnya menyibukkan diri kita dan orang yang didakwahi dengan memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam yang sahih dan mendidik mereka dengan pendidikan yang sahih.
▪Jangan menyibukkan mereka dengan perkara-perkara sensitif yang boleh membangkitkan semangat, dan akan menyebabkan mereka tidak dapat memahami dakwah yang wajib didirikan oleh setiap muslim, seperti membaiki aqidah, ibadah dan akhlak. Ini hukumnya adalah Fardhu ‘Ain.

➡ Fiqh al-Waqi’
▪Sebahagian perkara lain yang hukumnya Fardhu Kifayah, seperti yang dinamakan Fiqh al-Waqi’ (memahami persekitaran/keadaan semasa), dan menyibukkan diri dengan kegiatan politik yang mana ia merupakan tanggungjawab Ahl al-Haal dan Ahl al-‘Aqd (golongan cerdik pandai dan tokoh-tokoh dalam hal kepemimpinan).
▪Inilah yang ada pada parti-parti dan kumpulan-kumpulan Islam sekarang. Mereka berpaling dari mengajarkan pemuda muslim, menasihati pendakwah tersebut untuk belajar dan memahami aqidah, ibadah dan akhlak yang benar. Mereka aktif dengan kegiatan politik serta berusaha mendapatkan tempat di parlimen yang tidak berhukum dengan hukum Allah. Begitulah mereka, menumpukan kepada perkara yang kurang penting, dan meninggalkan perkara yang lebih penting.

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚

You may also like

Penjelasan Para Ulama 4 Madzhab Mengenai Agama Syiah
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 8 – Akhir)
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 7)
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 6)