30
Oct
2015

Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 4)

🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺

📌 Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 4)

📚 Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 4⃣)

💎 Asy Syaikh Muhammad Ibnu Sulaiman at-Tamimi berkata, “Jika anda telah mengetahui bahawa kesyirikkan apabila mencampuri peribadatan, maka akan merosakkan peribadatan tersebut dan akan menghapuskan amalan serta menjadikan pelakunya kekal di neraka(i), maka anda akan mengetahui bahawasanya perkara yang paling penting atas kalian adalah mengetahui perkara tersebut, semoga saja Allah ta’ala akan membebaskanmu dari Asy Syabkah ini, iaitu kesyirikkan yang dikatakan oleh Allah ta’ala:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya.” (An-Nisaa’: 48)

Yang demikian itu dengan mengetahui empat kaedah yang telah Allah ta’ala sebutkan di dalam kitabNya.”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
(i) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Maksudnya, selama kamu tahu benar tentang tauhid -iaitu mengesakan Allah ta’ala dalam beribadah-, maka wajib bagimu untuk mengetahui apa itu syirik. Sebab orang yang tidak mengetahui sesuatu, pasti dia akan terjatuh padanya. Sehingga menjadi satu keharusan bagimu untuk mengetahui jenis-jenis kesyirikkan agar dapat menjauhinya. Sebab Allah ta’ala telah memperingatkan dari perbuatan kesyirikkan itu, sebagaimana firmanNya:

📖 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya.” (An-Nisaa’: 48)

☝Itulah kesyirikkan yang begitu dahsyat bahayanya, iaitu diharamkan masuk syurga:

📖 “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya Syurga.” (Al-Maaidah: 72)

☝Dan diharamkan dari maghfirah:

📖 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik …” (An-Nisaa’: 48)

❗Ini adalah bahaya yang sangat besar. Wajib bagimu untuk mengetahuinya sebelum dari segala bahaya-bahaya tersebut. Sebab kesyirikkan itu telah menghilangkan akal-akal dan pemahaman-pemahaman, untuk kita mengetahui apakah kesyirikkan yang diterangkan di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah.

✊Tidaklah Allah ta’ala memperingatkan dari sesuatu melainkan pasti Allah menjelaskannya. Dan tidaklah Allah ta’ala memerintahkan suatu perkara melainkan Allah menjelaskan hal itu kepada manusia. Tidak mungkin Allah ta’ala mengharamkan kesyirikkan kemudian membiarkannya begitu saja (tanpa menjelaskannya secara terperinci). Bahkan Allah ta’ala telah menjelaskan di dalam Al-Qur’an yang agung dan Rasulullah pun turut menerangkannya di dalam As-Sunnah dengan penjelasan yang sangat jelas. Jadi, apabila kita ingin mengetahui syirik, maka kita merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah hingga kita mengetahui kesyirikkan itu. Dan kita tidak merujuk kepada ucapan-ucapan fulan dan fulan.”

📂 (Faedah dari Kitab Syarhu Al-Qowa’idul-Arba’, karya asy Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’, diterjemahkan Ustadz Abu Hafs Marwan)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com

You may also like

Penjelasan Para Ulama 4 Madzhab Mengenai Agama Syiah
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 8 – Akhir)
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 7)
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 6)