Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 17)
📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃
📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 17)
📚 Bab 1⃣7⃣:
Barangsiapa Meninggalkan Solat, Sungguh Ia Telah Kafir
💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Dan barangsiapa yang meninggalkan solat, maka sungguh ia telah kafir*. Dan tidak ada satu amalan pun yang meninggalkannya bererti kufur selain solat**. Barangsiapa meninggalkannya, maka ia kafir. Dan sesungguhnya Allah telah menghalalkan pembunuhan ke atasnya.”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Terdapat banyak sekali dalil bagi (pendapat) yang mengkafirkan orang yang meninggalkan solat. Di antara dalil-dalilnya adalah:
📖 “…jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudara seagama.” (At-Taubah: 11)
☝🏼Jadi, tidak terjadi (hubungan) persaudaraan melainkan setelah masuk ke dalam iman, menegakkan solat dan menunaikan zakat.
📖 “…jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka biarkanlah mereka berjalan.” (At-Taubah: 5)
☝🏼Kerananya, tidak dibiarkan mereka bebas berjalan, tidak pula diturunkan senjata dari mereka, kecuali jika mereka telah beriman kepada Allah, menegakkan solat dan menunaikan zakat.
📕”Barangsiapa meninggalkan solat, sungguh ia telah kafir.” (HR at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan an-Nasa’i, disahihkan al-Albani)
📕”Batas antara seorang hamba dengan kekufuran atau kesyirikkan ialah meninggalkan solat.” (HR at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan an-Nasa’i, disahihkan al-Albani).”
** Asy Syaikh Rabi’ menjelaskan, “Juga ditambah hadits Abdullah bin Syaqiq, yang diisyaratkan oleh Imam Ahmad:
📕”Dan tidak ada satu amalan pun yang meninggalkannya bererti kufur selain solat.”
☝🏼Jadi, Imam Ahmad di dalam buku ini mengambil pendapat yang mengkafirkan orang yang meninggalkan solat. Dan beliau berhujjah dengan hadits-hadits di atas serta ucapan Abdullah bin Syaqiq yang mengatakan:
📕”Dahulu para sahabat Muhammad, tidak ada suatu amalan pun di sisi mereka yang jika ditinggalkan bererti kufur selain daripada solat.”
☝🏼Namun, Imam Syafi’i, Imam Malik dan Abu Hanifah berpandangan bahawa orang yang meninggalkan solat tidaklah kafir. Sebelumnya mereka juga bersepakat bahawa barangsiapa meninggalkan solat kerana mengingkari (pensyariatan/kewajipan)nya, maka ia jelas kafir. Ya, SIAPA SAJA YANG MENINGGALKAN SOLAT KERANA MENGINGKARINYA, MAKA IA KAFIR MENURUT IJMA’ (kesepakatan seluruh ulama). Namun jika ia meninggalkannya kerana malas dan menganggap remeh (bukan mengingkari kewajipannya), maka seperti yang sudah kalian dengar, sebahagian ulama tetap mengkafirkannya.”
💎 Tambahan dari penerjemah: “Syaikh Ibnu Utsaimin mengatakan, “Yang nampak benar menurutku dari dalil-dalil yang ada bahawa seseorang tidak langsung dikafirkan kecuali dengan meninggalkan solat terus menerus. Ertinya, ia membiasakan dirinya selalu meninggalkan solat, sehingga ia tidak solat zohor, asar, maghrib, isya’, apalagi subuh. Orang yang beginilah yang dikafirkan. Adapun jika masih solat wajib sesekali, maka yang seperti ini tidaklah dikafirkan kerana tidak tepat baginya disebut “tarik ash-shalat”, yang meninggalkan solat.” (Kitabush Shalat Sulaiman al-Luhaymid).”
📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com