23
Nov
2015

Tetap Di Atas Prinsip Al-Wala’ wa Al-Bara’ Dalam Menyingkapi Pengeboman Di Perancis (Bahagian 2)

🚉📄 TETAP DI ATAS PRINSIP AL-WALA’ WA AL-BARA’ DALAM MENYINGKAPI PENGEBOMAN DI PERANCIS

🔴 ( Bahagian Kedua )
…………………………………

▪Islam adalah agama yang sangat menentang khianat.
▪Kaum muslimin yang menetap di negara kufar, seharusnya jangan berkhianat.
🔏 Walaupun tentunya hukum Islam menetapkan bagi sekalian kaum muslimin yang menetap/tinggal di negara kufar, WAJIB untuk berhijrah.

📕Rasulullah bersabda,
( أَنَا بَرِيءٌ مِنْ كُلِّ مُسْلِمٍ يُقِيمُ بَيْنَ أَظْهُرِ الْمُشْرِكِينَ )
“Aku berlepas diri dari setiap muslim yang tinggal di antara orang-orang musyrik.” (HR Abu Daud 2645)

▪Ini adalah salah satu dalil yang menunjukkan wajib atas kaum muslimin untuk keluar berhijrah dari negara kufar ke negara kaum muslimin.
👉🏻 Namun — kerana ketidakmampuan —sebahagian saudara kita kaum muslimin masih menetap/tinggal di negara kafir, maka jangan sampai anda berkhianat.
▪Manakala bagi mereka yang memasuki negara kufar dengan Visa, bererti diizinkan masuk dengan perjanjian, jangan anda membuat onar dan kekacauan, apa lagi sampai membunuh.
🚉 Sungguh ISLAM SANGAT ANTI TERHADAP KHIANAT

▪Boleh jadi perledakkan itu dilakukan oleh Zionis/Yahudi atau Nashara sendiri. Yang kemudian mengatasnamakan kelompok-kelompok radikal di dalam Islam.
▪Atau mungkin saja, mereka menyamar dan menyusup masuk ke dalam kelompok Khawarij seperti ISIS atau Al-Qaeda, dan mempengaruhi mereka untuk melakukan tindakkan perledakkan ini.

▪Apa pun kemungkinannya, siapa di balik peristiwa perledakkan tersebut, Islam berlepas diri dari tindakkan ini dan jihad bukan begini caranya.

▪Para ulama Ahlus Sunnah telah mengecam tindakkan ganas seperti ini sebelum ini. Termasuk juga yang terjadi di Perancis.

•••••••••••••••••••
🌠📝📡Majmu’ah Manhajul Anbiya
📟 https://telegram.me/ManhajulAnbiya
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Versi Bahasa Malaysia di:
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram.me/thoriqussalaf

You may also like

Orang Yang Paling Cerdas
Penjelasan Para Ulama 4 Madzhab Mengenai Agama Syiah
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 8 – Akhir)
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 7)